Thursday, March 8, 2012

'Manusia' dan 'Orang Lain'

Terkadang 'manusia' dalam keadaan di mana dia terpaksa tunduk mengikut kehendak orang lain hanya kerana mahu 'orang lain' tersenyum....
Terkadang 'manusia' dalam keadaan di mana dia terpaksa memilih pilihan yang bukan kehendaknya hanya kerana mahu 'orang lain' tidak meminggirkannya....
Terkadang 'manusia' dalam keadaan di mana dia terpaksa memilih jalan yang susah baginya hanya kerana mahu 'orang lain' berada dalam kesenangan...
Terkadang 'manusia' terpaksa melepaskan sesuatu yang sudah menjadi miliknya hanya kerana 'orang lain' juga mahu memiliki sesuatu itu...
Terkadang 'manusia' terpaksa menutup mata atas sesuatu kesalahan yang dilihatnya hanya kerana mahu melindungi 'orang lain'...
Terkadang 'manusia' hanya mampu mengiyakan atas sesuatu yang di hatinya mahu menidakkan hanya kerana mahu 'orang lain' menerimanya...
Terkadang 'manusia' hanya mampu diam mendengar kata-kata lagak orang lain hanya kerana tidak mahu 'orang lain' bermasam muka dengan tegurannya....
Terkadang 'manusia' terpaksa cuba untuk memahami orang lain walaupun sukar baginya dengan harapan 'orang lain' juga dapat memahami keadaannya...
Terkadang 'manusia' hanya mampu berdiam diri atas setiap pertelingkahan hanya kerana tidak mahu hubungannya dengan 'orang lain' terjejas...

Ini adalah situasi yang telah menzahirkan dua watak iaitu 'manusia' dan 'orang lain'...Semestinya ramai yang mahu menjadi 'orang lain' kerana sering mendapat apa yang dikehendaki tapi hanya segelintir yang sanggup berada dalam keadaan 'manusia' hanya kerana mahu dirinya diterima orang lain...
Selalunya 'manusia' ini tenggelam atau kalah dengan kekuatan pengaruh 'orang lain' menyebabkan dia terpaksa akur dalam banyak keadaan...Dan selalunya 'manusia' ini tenggelam atau kalah dengan kelebihan atau kekuatan yang dimiliki 'orang lain' menyebabkan dia terpaksa tunduk dan berlindung di bawah 'orang lain'...Dan kadang-kala 'manusia' ini mempunyai kelemahan yang menyebabkan dia terpaksa mengikut telunjuk 'orang lain' dengan harapan kelemahan itu dapat diperbaiki atau sekurang-kurangnya ditutupi sedikit...

Konsep saling memahami yang sering diperkatakan sebenarnya tidak wujud dalam situasi seperti ini atau hanya golongan 'minor' yang menggunakan konsep tersebut dalam keadaan tertentu...Tidak ada wujud konsep saling memahami antara 'manusia' dan 'orang lain'...Lazimnya, golongan 'manusia' ini yang lebih memahami 'orang lain' kerana dia perlu tahu apa yang 'orang lain' suka atau tidak suka...'orang lain' menganggap mereka sudah pun memahami 'manusia' ini kerana 'manusia' selalunya tidak membantah atau menidakkan apa yang diperkatakan kononnya 'manusia' juga memiliki kehendak atau pandangan yang sama walaupun pada hakikat sebenarnya kehendak atau pandangan 'manusia' ini selalu ditolak atau dibantah oleh 'orang lain'...

Entah sampai bila situasi ini yang berlarutan hanya Allah yang tahu...Mungkin ia berkaitan dengan kelemahan setiap individu...'manusia' mungkin perlu mengubah diri supaya lebih berkeyakinan dan mampu menyuarakan pendapat sendiri....Dan 'orang lain' juga perlu mengubah diri supaya mampu menerima individu di sekelilingnya yang mana mungkin individu tersebut berada pada paras yang rendah darinya....Allah menciptakan setiap makhluk itu tidak sempurna di mana ada kelemahan dan kelebihan...Mungkin ada individu yang Allah jelmakan kelebihannya terlebih dahulu supaya dia dapat menggunakan kelebihan itu untuk menutupi atau memperbaiki kelemahan orang lain...Hidup ibarat putaran roda, kadang-kala kita di atas dan kadang-kala kita di bawah...

Kadang-kala diri ini juga menjadi 'manusia' dan 'orang lain'....Apabila diri dalam keadaan alpa, di situlah terzahirnya kesilapan...Dan pabila diri tersedar dari melakukan kesilapan, harapan agar ditunjukkan jalan untuk tunduk pada YANG MAHA ESA...

No comments: